Thursday, July 29, 2010

Buku Baru dalam Edaran


Dapatkan Buku - Buku terkini Dalam edaran Di PD Sungai Acheh dan nantikan lebih banyak buku-buku menarik untuk bacaan anda.

Thursday, July 22, 2010

Promosi Perpustakaan

Di Program Merakyatkan Seni ( PMS) Kawasan Luar Bandar
dan Kempen Jom Baca
Program ini berlangsung di Parit Kasa pada 17 Julai 2010, Kawasan yang bersempadan dengan negeri Perak dan Kedah.









Dam Gergasi.... Pertama kali melihat permainan dam sebegini....







Monday, July 12, 2010

Promosi Perpustakaan
Pada 1 Julai 2010 bertempat di
Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal
sempena Hari Koperasi dan Ko-Kurikulum .


















Tuesday, June 1, 2010

Perkhidmatan Maklumat Komuniti
BATIK TULIS

Antara Corak untuk bulan Mei dan juga lukisan untuk dibingkaikan.


Saturday, May 29, 2010

PAMERAN & PROMOSI
Seperti yang dimaklumkan melalui ruangan buletin blog Perpustakaan Desa Sg. Acheh ,Pada 29 Mei 2010 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah berlangsung Program Juara Rakyat ( Agensi Kerajaan) dengan jayanya. Sebanyak 34 agensi yang terlibat antaranya Jabatan Penjara ,Polis Diraja Malaysia,Risda,Jabatan Alam Sekitar turut tidak ketinggalan Promosi dari PD Sungai Acheh mengambil tempat.
Alhamdulillah dalam keadaan cuaca yang panas terik kedatangan pengunjung begitu ramai sekali bermula dengan Seminar oleh Yang Berbahagia Dr. Ridhuan Tee Abdullah ( Pensyarah Kanan universiti Pertahanan Malaysia ) mengambil tempat sehinggalah upacara penutup Program ini disebelah petang yang disempurnakan oleh Y.B. Dato' Razali Hj Ibrahim. ( Timbalan Menteri Belia dan Sukan) yang turut merasmikan gelanggang sukan rakyat Sungai Acheh.
Terima kasih juga diucapkan kepada Y.B. Dato' Hj Zainal Abidin B. Hj. Osman (Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Y.B. Dato' Hj. Mahmood B. Hj. Zakaria ( ADUN) Sungai Acheh yang mana kedua-duanya merupakan anak jati Kampung Sungai Acheh kerana turut mengunjungi gerai PD Sungai Acheh .
Terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Pemantau En.Fendy, Puan Jamilah Abdul Latip ( PD Sg. Bakau) dan En. Zam-Zam yang turut membantu menjayakan program ini.










Antara Agensi -Agensi yang terlibat
menjayakan Program Juara Rakyat
KEMAS


FAMA


RISDA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM)


Jabatan Tenaga Kerja



Kementerian Belia dan Sukan














Antara aktiviti -aktiviti
disebelah petang pula adalah seperti



Mewarna bersama keluarga










Pertandingan Aspek Wanita
Gubahan dari tuala







Sayang Umi
Acara dimana ibu dikehendaki Menyolek anak


















































































Saturday, May 22, 2010

Aktiviti
A Turkey To color, Cut & Paste

Seramai 17 Orang ahli kelab aktiviti yang terlibat .
Walaupun hujan turun dengan lebatnya sejak dari pagi hingga ke petang, namun aktiviti pada hari ini dapat juga dijalankan .







Friday, May 21, 2010

Aktiviti
Potong ,Cantum dan Susun
Aktiviti ini bertujuan memperlihatkan bagaimana adik -adik ini menghasilkan dan memadankan warna -warna bunga yang dikehendaki mengikut idea masing-masing. Nampaknya semua teruja dengan rekacipta yang dihasilkan. Ada yang hendak beri pada guru, pada emak dan tak kurang juga yang nak gantung didalam bilik tidur . Ok pada sesiapa yang inginkan contoh bunga-bunga ni sila email pada saya mmn_79@yahoo.com



Bunga-bunga yang telah siap dilekatkan pada pinggan kertas
Lepas ni Boleh la Gantung
CANTIK!!!
Sekali pandang dah macam rupa kek yang dihias pulak kan ...

Sedang memilih warna -warna bunga untuk dilekatkan



Masih dalam pembikinan



Tara......dah siap
Lepas ni nak bawa balik hadiahkan pada guru dan emak




ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter