Saturday, May 29, 2010

PAMERAN & PROMOSI
Seperti yang dimaklumkan melalui ruangan buletin blog Perpustakaan Desa Sg. Acheh ,Pada 29 Mei 2010 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah berlangsung Program Juara Rakyat ( Agensi Kerajaan) dengan jayanya. Sebanyak 34 agensi yang terlibat antaranya Jabatan Penjara ,Polis Diraja Malaysia,Risda,Jabatan Alam Sekitar turut tidak ketinggalan Promosi dari PD Sungai Acheh mengambil tempat.
Alhamdulillah dalam keadaan cuaca yang panas terik kedatangan pengunjung begitu ramai sekali bermula dengan Seminar oleh Yang Berbahagia Dr. Ridhuan Tee Abdullah ( Pensyarah Kanan universiti Pertahanan Malaysia ) mengambil tempat sehinggalah upacara penutup Program ini disebelah petang yang disempurnakan oleh Y.B. Dato' Razali Hj Ibrahim. ( Timbalan Menteri Belia dan Sukan) yang turut merasmikan gelanggang sukan rakyat Sungai Acheh.
Terima kasih juga diucapkan kepada Y.B. Dato' Hj Zainal Abidin B. Hj. Osman (Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Y.B. Dato' Hj. Mahmood B. Hj. Zakaria ( ADUN) Sungai Acheh yang mana kedua-duanya merupakan anak jati Kampung Sungai Acheh kerana turut mengunjungi gerai PD Sungai Acheh .
Terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Pemantau En.Fendy, Puan Jamilah Abdul Latip ( PD Sg. Bakau) dan En. Zam-Zam yang turut membantu menjayakan program ini.










Antara Agensi -Agensi yang terlibat
menjayakan Program Juara Rakyat
KEMAS


FAMA


RISDA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM)


Jabatan Tenaga Kerja



Kementerian Belia dan Sukan














Antara aktiviti -aktiviti
disebelah petang pula adalah seperti



Mewarna bersama keluarga










Pertandingan Aspek Wanita
Gubahan dari tuala







Sayang Umi
Acara dimana ibu dikehendaki Menyolek anak


















































































No comments:

Post a Comment

ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter