Thursday, January 29, 2009

SETIAP BAYI SATU BUKU



PENGENALAN

Program Setiap Bayi Satu Buku ini bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak. bahan bacaan asas bagi program ini adalah buku kain bertajuk " Setiap bayi satu Buku/ Every Baby A Book". Maklumat yang terkandung didalam buku ini merupakan maklumat yang bersesuaian dan berkeupayaan menarik minat bayi dan kanak-kanak.



OBJEKTIF
  • Program memperkenal serta mendedahkan bayi dan kanak-kanak kepada dunia maklumat.


  • Membantu ibu bapa memahami perkembangan asas pengehtahuan kanak-kanak serta tahap kebolehan mereka dalam pembelajaran.


  • Memupuk minat membaca dan cintakan ilmu pengehtahuan di peringkat awal kanak-kanak serta menggalakkan peningkatan keahlian dan penggunaan perkhidmatan perpustakaan


KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN BUKU PERTAMA BAYI

Buku yang dihasilkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang melalui program " Setiap Bayi satu Buku" ini merupakan buku yang amat sesuai untuk perkembangan pendidikan asas kanak-kanak .

Pendedahan bahan -bahan bacaan kepada bayi diperingkat awal dapat membantu perkembangan bahasa pembacaan dan penulisan kanak-kanak. Kelebihan dan kepentingan buku ini dapat dilihat dari beberapa aspek . Antaranya seperti berikut :-


  • Fizikal

  • Isi Kandungan

  • Bahasa

  • Maklumat Tambahan

  • Minat Membaca

  • Meningkat Dan Meluaskan Perkembangan Fikiran

  • Bahan Rujukan Bayi


BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN BUKU KAIN INI ????

  • Buku ini sesuai dan selamat digunakan kerana ianya BEBAS TOKSIK.

  • Ibu bapa disaran terlibat dalam sesi taklimat yang dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) atau badan -badan yang berkenaan dengan program ini.


  • Ibu bapa disaran menggunakan koleksi perpustakaan secara berterusan supaya minat membaca dapat dipertingkatkan.

  • Ibu bapa boleh merujuk kepada Katalog Atas Talian (OPAC) untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan.


KAEDAH PEMBACAAN YANG BERKESAN

  • Pastikan pembacaan dilakukan setiap hari dan berterusan

  • Tempoh pembacaan bergantung kepada minat dan perhatian kanak-kanak dan disyorkan di antara 5 hingga 30 minit.

  • Jangan memaksa kanak-kanak sekiranya mereka tidak menunjukkan minat dan cuba lagi di masa lain yang sesuai.

ISI KANDUNGAN BUKU :-

  • Abjad
  • Nombor
  • Warna dan Bentuk
  • Saya
  • Bunga Raya
  • Pokok Kepala
  • Buah -buahan
  • Ikan
  • Binatang
  • Komputer


LOKASI TAKLIMAT

  • Perpustakaan

  • Rumah ke rumah

  • Tadika/Pusat Asuhan
  • Hospital/Klinik Swasta

  • Hospital/Klinik Kerajaan

  • Balairaya/Dewan Orang Ramai

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI www.penanglib.gov.my/sbsb.jsp atau hubungi :


PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

JKR 2118 JALAN PERPUSTAKAAN

13700 SEBERANG JAYA

PERAI

NO. TEL: 04-3902387 , 04-3976246




PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU SUNGAI ACHEH

D/A DEWAN GERAKAN MASYARAKAT PERDA SUNGAI ACHEH

14310 NIBONG TEBAL

SEBERANG PERAI SELATAN

NO. TEL: 04-5983210

EMAIL: pdacheh@penanglib.gov.my







Wednesday, January 28, 2009

SEJARAH

Sungai Tempat pedagang -pedagang dari Acheh berlabuh


SUNGAI ACHEH MENDAPAT NAMA
Di kampung ini juga terdapat sebatang sungai yang agak luas ,dipenuhi dengan pokok – pokok bakau disekitarnya dimana banyak tongkang – tongkang yang membawa pedagang – pedagang Acheh sering berulang – alik untuk menjual barang dagangan . Antara barang – barang yang dibawa adalah seperti rempah ratus,kelapa kering dan kayu bakau.Barang – barang ini kemudiannya ditukar dengan beras dan hasil pertanian yang lain . yang diperoleh daripada penduduk kampong ini. Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada waktu itu adalah bersawah dan nelayan.

Kesan daripada kedatangan pedagang – pedagang Acheh yang sering ulang – alik untuk berniaga dan ada juga sesetengah daripadanya yang berkahwin dengan penduduk kampong ini . Maka mereka telah bersepakat untuk menamakan kampung tersebut dengan nama “ SUNGAI ACHEH” ini dalah kerana sebagai menghargai jasa dan tanda terima kasih penduduk kampung kepada pedagang – pedagang tersebut yang telah berjaya mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang ada seperti perniagaan dan pertanian.

Kesan sejarah juga dapat dilihat pada ketika itu yang mana tongkang yang dinaiki oleh pendagang – pendagang ini telah karam didasar sungai.Akibat daripada tiada kesan pemuliharaan jangka panjang tongkang tersebut telah dibiarkan sebegitu sahaja dan lenyap oleh arus pembangunan yang semakin banyak . Selain dari kampung Sungai Acheh , ada lagi kampung – kampung lain yang turut menggunakan perkataan “ SUNGAI” di permulaannya antaranya adalah Sungai Setar, Sungai Udang, Sungai Air Hitam , Sungai Chenaam dan Sungai Bakau. Kesemua kampung – kampung ini adalah merupakan kampung yang hampir dengan Kampong Sungai Acheh.

ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter