Saturday, May 29, 2010

PAMERAN & PROMOSI
Seperti yang dimaklumkan melalui ruangan buletin blog Perpustakaan Desa Sg. Acheh ,Pada 29 Mei 2010 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah berlangsung Program Juara Rakyat ( Agensi Kerajaan) dengan jayanya. Sebanyak 34 agensi yang terlibat antaranya Jabatan Penjara ,Polis Diraja Malaysia,Risda,Jabatan Alam Sekitar turut tidak ketinggalan Promosi dari PD Sungai Acheh mengambil tempat.
Alhamdulillah dalam keadaan cuaca yang panas terik kedatangan pengunjung begitu ramai sekali bermula dengan Seminar oleh Yang Berbahagia Dr. Ridhuan Tee Abdullah ( Pensyarah Kanan universiti Pertahanan Malaysia ) mengambil tempat sehinggalah upacara penutup Program ini disebelah petang yang disempurnakan oleh Y.B. Dato' Razali Hj Ibrahim. ( Timbalan Menteri Belia dan Sukan) yang turut merasmikan gelanggang sukan rakyat Sungai Acheh.
Terima kasih juga diucapkan kepada Y.B. Dato' Hj Zainal Abidin B. Hj. Osman (Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Y.B. Dato' Hj. Mahmood B. Hj. Zakaria ( ADUN) Sungai Acheh yang mana kedua-duanya merupakan anak jati Kampung Sungai Acheh kerana turut mengunjungi gerai PD Sungai Acheh .
Terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Pemantau En.Fendy, Puan Jamilah Abdul Latip ( PD Sg. Bakau) dan En. Zam-Zam yang turut membantu menjayakan program ini.










Antara Agensi -Agensi yang terlibat
menjayakan Program Juara Rakyat
KEMAS


FAMA


RISDA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM)


Jabatan Tenaga Kerja



Kementerian Belia dan Sukan














Antara aktiviti -aktiviti
disebelah petang pula adalah seperti



Mewarna bersama keluarga










Pertandingan Aspek Wanita
Gubahan dari tuala







Sayang Umi
Acara dimana ibu dikehendaki Menyolek anak


















































































Saturday, May 22, 2010

Aktiviti
A Turkey To color, Cut & Paste

Seramai 17 Orang ahli kelab aktiviti yang terlibat .
Walaupun hujan turun dengan lebatnya sejak dari pagi hingga ke petang, namun aktiviti pada hari ini dapat juga dijalankan .







Friday, May 21, 2010

Aktiviti
Potong ,Cantum dan Susun
Aktiviti ini bertujuan memperlihatkan bagaimana adik -adik ini menghasilkan dan memadankan warna -warna bunga yang dikehendaki mengikut idea masing-masing. Nampaknya semua teruja dengan rekacipta yang dihasilkan. Ada yang hendak beri pada guru, pada emak dan tak kurang juga yang nak gantung didalam bilik tidur . Ok pada sesiapa yang inginkan contoh bunga-bunga ni sila email pada saya mmn_79@yahoo.com



Bunga-bunga yang telah siap dilekatkan pada pinggan kertas
Lepas ni Boleh la Gantung
CANTIK!!!
Sekali pandang dah macam rupa kek yang dihias pulak kan ...

Sedang memilih warna -warna bunga untuk dilekatkan



Masih dalam pembikinan



Tara......dah siap
Lepas ni nak bawa balik hadiahkan pada guru dan emak




PROMOSI PERPUSTAKAAN
Pada 15 Mei 2010 jam 6.00 petang bertempat di bilik Mesyuarat Komuniti Bestari Sungai Acheh telah diadakan latihan kompang untuk golongan wanita yang terdiri daripada penduduk sekitar kawasan Sungai Acheh yang berada dibawah satu Komunit iaitu Komuniti Bestari Sungai Acheh.Kebetulan tempat latihan ini adalah di belakang Perpustakaan Desa Sungai Acheh, jadi peluang yang ada telah digunakan sebaik mungkin untuk mendaftar keahlian dan juga mempromosi perpustakaan.
Sedikit makluman pasukan kompang ini baru sahaja ditubuhkan bagi mengisi masa terluang kaum ibu serta melibatkan didalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di kawasan sekitar
Sungai Acheh dan juga kawasan kejirannya.








Aktiviti : Kad Ucapan Hari Guru 16 Mei 2010
Peserta seramai 19 orang .
Untuk semua guru -guru diucapkan " Selamat Hari Guru"
GURU OH GURU
Nukilan (USMAN AWANG 1979)
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berburu kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpian yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Dimana-mana dia bediri dimuka muridnya
Disebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu
GURUKU
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat





Friday, May 7, 2010

Aktiviti Membuat Kad Ucapan Hari Ibu
Kad -kad ini adalah hasil kreativiti adik -adik sendiri untuk ibu,mama,umi tersayang bagi mereka . Jadi apa kata Jom kita tengok hasil cetusan idea adik -adik pada kali ini.
Kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu Kak Mar nak ucapkan .....
SELAMAT HARI IBU





Kad -Kad yang dah siap sepenuhnya




Antara ucapan-ucapan untuk yang tersayang








ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter