Friday, August 7, 2009

PERKHIDMATAN MAKLUMAT KOMUNITI
PERUSAHAAN SATAY

En. Mohd Radzi Bin Khadim merupakan seorang pengusaha Satay yang terkenal di Kampung Sungai Acheh serta kawasan sekitarnya.Malah Perniagaan Satay beliau sering mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan dan juga luar , Perusahaan satay beliau dimulakan pada awal tahun 1990 an dengan bantuan dari Jabatan Pertanian . Perniagaan Satay ini juga turut dibantu oleh isteri,abang serta anak-anak beliau sendiri. Hanya kerja -kerja untuk mencucuk satay sahaja beliau akan mengupah beberapa orang penduduk yang hampir dengan rumah beliau.
Dengan usaha yang baik diantara Jabatan Pertanian dan beliau seringkali dijemput untuk mengadakan promosi jualan pada setiap acara-acara yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian.
Setiap hari En. Mohd Radzi akan dibantu oleh abang dan anak-anaknya berniaga di Medan selera berhadapan Pasaraya YAWATA Nibong Tebal dan juga Gerai di Pekan Sungai Acheh , manakala pada setiap hari ahad beliau akan berniaga di pasar malam Sungai Acheh. Untuk merasai sendiri kenakkan dan kelazatan Satay En. Mohd Radzi ini bolehlah menelefon nombor yang tertera didalam gambar di bawah.





Isteri En. Mohd Radzi sedang mengadun satay
Proses mencucuk satay
Sebahagian daripada pekerja En. Mohd radzi yang merupakan penduduk di
kawasan tempat kediamannya
Satay Yang telah siap dicucuk

Proses membakar dilakukan oleh En. Mohd Radzi ( kiri ) dan abangnya

Wednesday, August 5, 2009

OGOS BULAN KEMERDEKAAN

Gambar diatas menunjukkan Pekan Sungai Acheh pada 31 ogos 1957

Umum kita ketahui apabila masuk sahaja bulan Ogos setiap tahun maka pelbagai acara diadakan untuk mengingat kembali genarasi muda tentang sejarah kemerdekaan negara kita . yang disambut pada 31 Ogos .

Gambar diatas juga ada kaitan dengan kemerdekaan . Gambar ini sudah tentu memberi seribu satu memori yang tidak akan luput dari kota ingatan orang -orang yang sebaya ayah, datuk dan nenek kita suatu masa duhulu. Gambar diatas merupakan gambar Kampung Sungai Acheh yang diambil pada tarikh 31 Ogos 1957. Menurut salah seorang penduduk kampung yang juga pemilik gambar nostalgia ini . waktu gambar ini diambil umur beliau pada ketika itu ialah diawal 20 an.Pada ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 diumum sebagai tarikh kemerdekaan negara maka penduduk -penduduk Kampung Sungai Acheh ini telah sepakat untuk membina pintu gerbang .Tujuan pintu gerbang ini dibina sebagai mengingati tarikh keramat tersebut.Wang untuk membina pintu gerbang ini adalah hasil sumbangan penduduk-penduduk kampung Sungai Acheh . Pembinaan pintu gerbang ini dijalankan secara gotong royong.

Pembinaan pintu gerbang ini tidak hanya disambut dan dibina di kampung ini sahaja , malah dengan semangat kemerdekaan dan semangat muafakat ,maka kampung-kampung yang berhampiran dengan kampung sungai acheh juga turut membina pintu gerbang dengan idea yang tersendiri . Antara kampung -kampung yang berjiran dengan kampung Sungai Acheh ialah Kampung Sungai Udang dan kampung Sungai Bakau.


ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter