Wednesday, August 18, 2010

Sungai Acheh Kaya Sejarah
Sedang saya mengemas terjumpa artikel dari surat khabar Berita Harian bertarikh
2 Jun 2006 mengenai kampung Sungai Acheh. Jadi apa salahnya jika saya kongsikan artikel ini bersama - anda .

Klik pada gambar untuk pembacaan yang lebih jelas

Gambar Pekan Sg. Acheh suatu ketika dahulu

( klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)



Buku Terkini Dalam Edaran





Friday, August 13, 2010

PROGRAM PERMUAFAKATAN KOMUNITI

Lokasi promosi perpustakaan Pd Sungai Acheh seterusnya ialah di Program Permuafakatan Komuniti yang telah berlangsung di kampung Sungai Udang yang mana kampung ini juga merupakan sebuah kampung yang berjiran dengan kampung Sungai Acheh.

Program ini adalah dengan kerjasama KRT Sungai Udang, Surau Sungai Udang dan Persatuan Belia Sungai Udang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010 yang lalu. Bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Walaupun pada awal pagi keadaan cuaca kurang memuaskan kerana hujan lebat , namun alhamdulillah menjelang tengahari hujan pun berhenti dan acara-acara dapat dijalankan seperti biasa . Pada program kali ini terdapat 8 agensi yang terlibat antaranya Jabatan Penjara, Jabatan Pertanian, Jabatan Belia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Klinik Kesihatan Sungai Acheh, Bank Rakyat, Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Acheh dan Telekom.

Okjektif utama program ini diadakan adalah bagi mengeratkan tali silaturrahim diantara penduduk kampung sungai Udang yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Diprogram ini juga turut diadakan majlis penyampaian Netbook oleh pihak Telekom Malaysia yang mana Kampung Sungai Udang adalah merupakan kampung yang pertama didalam negeri Pulau Pinang yang menerima kemudahan Netbook 1 Malaysia lengkap dengan kemudahan jalur lebar, yang menariknya penerima-penerima netbook ini adalah terdiri daripada nelayan -nelayan dan juga golongan petani, selepas ini tiada lagi masalah jurang digital dikalangan penduduk luar bandar, maklumat hanya dihujung jari.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya acara sukaneka, pertandingan mewarna berkeluarga yang dianjurkan oleh Bank rakyat, pertandingan memasak cucur kodok pisang berpasangan,pertandingan gubahan .Turut tidak ketinggalan Pd Sungai Acheh juga mengadakan kempen pendaftaran keahlian perpustakaan serta mengadakan pertandingan bina perkataan dan juga teka panjang riben. Turut diadakan aktiviti sampingan iaitu dart ilmu yang sering kali mendapat perhatian oleh pengunjung apabila promosi perpustakaan dijalankan.

Kepada pihak penganjur terima kasih kerana menerima kedatangan kami di majlis anda , Terima kasih Daun Keladi , Jikalau boleh hendak kesana lagi .






YB Dato Mahmood (ADUN Sg. Acheh ) , Y.Bhg Dato Zainal Abidin Osman ( Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ) Puan Jim Caroline ( Pegawai Perpaduan daerah SPS), Encik Abdul Hamid( Pengerusi JKKP Sg. Acheh) dan En. Abu Bakar Md Nor ( Pengerusi KRT Sg. Udang) bersama penerima-penerima netbook




Gerai Perpustakaan Desa Sg. Acheh yang mendapat perhatian ramai



Adik nie sedang mencuba menjawap soalan dart ilmu



Kusyuk...kusyuk tengah memikirkan jawapan agaknya..



Pertandingan mewarna berkeluarga yang dijalankan oleh Bank rakyat



Aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan




Acara sukaneka Bowling kelapa




Balingan Kasih .... baling tak dapat sambut habis basah baju ....




Acara siapa minum air paling banyak . masa 10 saat jer.....




acara basikal lambat , lepas ni kiat habis la handle basikal tu




Acara yang memerlukan kreativiti, satu-satunya peserta lelaki



Pemenang pertama dengan tajuk gubahan lipatannya " Perahu 1 Malaysia"



Acara yang paling seronok memperlihatkan kaum lelaki memasak cucur kodok pisang. Si isteri cuma bantu yang mana patut , si suami yang kena adun , menggoreng dan menghiasnya.


gaya dah ada dah tu.. tapi rasa belum tau lagi...


Wednesday, August 11, 2010

Majlis Pecah Tanah Balai Polis Sungai Acheh

Majlis ini telah berlangsung pada 7 Ogos 2010 ( Sabtu ) pada jam 5.00 petang. Penantian selama 30 tahun dengan kerjasama dari pelbagai pihak maka akan terbinalah sebuah balai polis yang akan menjadi salah lagi kemudahan untuk semua penduduk di sekitar kawasan Sungai Acheh. Dengan kos sebanyak RM 14.3 Juta Maka dalam tempoh terdekat ini , penduduk di sekitar kawasan Sungai Acheh boleh berbangga dengan pembangunan balai polis ini serta dapat mengurangkan kadar jenayah . Upacara pecah tanah ini telah dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yaakob , Menteri di Jabatan Perdana Menteri . Turut hadir ke majlis ini ialah dua orang tokoh yang juga merupakan anak jati Kampung Sungai Acheh iaitu Y.B Dato Zainal Abidin B. Osman ( Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ) serta Y.B Dato Mahmood B. Hj. Zakaria ADUN Kawasan Sungai Acheh)















Artikel dari Surat Khabar Berita Harian


Artikel dari Surat Khabar The Star

Tuesday, August 10, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Bulan Ogos Bulan Kemerdekaan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke -53 .Kibarkanlah Jalur Gemilang tanda kasih dan sayangnya anda kepada negara kita yang bertuah ini ....


Thursday, July 29, 2010

Buku Baru dalam Edaran


Dapatkan Buku - Buku terkini Dalam edaran Di PD Sungai Acheh dan nantikan lebih banyak buku-buku menarik untuk bacaan anda.

Thursday, July 22, 2010

Promosi Perpustakaan

Di Program Merakyatkan Seni ( PMS) Kawasan Luar Bandar
dan Kempen Jom Baca
Program ini berlangsung di Parit Kasa pada 17 Julai 2010, Kawasan yang bersempadan dengan negeri Perak dan Kedah.









Dam Gergasi.... Pertama kali melihat permainan dam sebegini....







Monday, July 12, 2010

Promosi Perpustakaan
Pada 1 Julai 2010 bertempat di
Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal
sempena Hari Koperasi dan Ko-Kurikulum .


















Tuesday, June 1, 2010

Perkhidmatan Maklumat Komuniti
BATIK TULIS

Antara Corak untuk bulan Mei dan juga lukisan untuk dibingkaikan.


Saturday, May 29, 2010

PAMERAN & PROMOSI
Seperti yang dimaklumkan melalui ruangan buletin blog Perpustakaan Desa Sg. Acheh ,Pada 29 Mei 2010 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah berlangsung Program Juara Rakyat ( Agensi Kerajaan) dengan jayanya. Sebanyak 34 agensi yang terlibat antaranya Jabatan Penjara ,Polis Diraja Malaysia,Risda,Jabatan Alam Sekitar turut tidak ketinggalan Promosi dari PD Sungai Acheh mengambil tempat.
Alhamdulillah dalam keadaan cuaca yang panas terik kedatangan pengunjung begitu ramai sekali bermula dengan Seminar oleh Yang Berbahagia Dr. Ridhuan Tee Abdullah ( Pensyarah Kanan universiti Pertahanan Malaysia ) mengambil tempat sehinggalah upacara penutup Program ini disebelah petang yang disempurnakan oleh Y.B. Dato' Razali Hj Ibrahim. ( Timbalan Menteri Belia dan Sukan) yang turut merasmikan gelanggang sukan rakyat Sungai Acheh.
Terima kasih juga diucapkan kepada Y.B. Dato' Hj Zainal Abidin B. Hj. Osman (Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Y.B. Dato' Hj. Mahmood B. Hj. Zakaria ( ADUN) Sungai Acheh yang mana kedua-duanya merupakan anak jati Kampung Sungai Acheh kerana turut mengunjungi gerai PD Sungai Acheh .
Terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Pemantau En.Fendy, Puan Jamilah Abdul Latip ( PD Sg. Bakau) dan En. Zam-Zam yang turut membantu menjayakan program ini.










Antara Agensi -Agensi yang terlibat
menjayakan Program Juara Rakyat
KEMAS


FAMA


RISDA


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM)


Jabatan Tenaga Kerja



Kementerian Belia dan Sukan














Antara aktiviti -aktiviti
disebelah petang pula adalah seperti



Mewarna bersama keluarga










Pertandingan Aspek Wanita
Gubahan dari tuala







Sayang Umi
Acara dimana ibu dikehendaki Menyolek anak


















































































ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter