Sejarah Perpustakaan


Perpustakaan Desa Siber ilmu Sungai Acheh telah diasaskan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada tahun 1996 yang mana  kemudiannya telah diambil alih oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang  Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Rashid Bin Abdullah pada bulan Mei 1999 yang merupakan ADUN Kawasan Sungai Acheh pada waktu itu.

Di awal penubuhan perpustakaan ini , ianya terletak di sebuah  bangunan sekolah lama  satu tingkat yang telah  dibaik pulih oleh pihak PERDA. Namun setelah sebuah dewan yang baru telah dibina oleh pihak PERDA maka pada awal bulan Mei 1999 perpustakaan telah berpindah dari bangunan sekolah lama ke bangunan baru yang lebih selesa .

Dilengkapi dengan capaian internet dibawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat ( USP Fasa 2 ) dibawah Kementerian Tenaga, Air dan komunikasi sejak tahun 2004 adalah bertujuan bagi merapatkan jurang digital dikalangan penduduk luar bandar.





 Sekolah lama ini  merupakan lokasi pertama perpustakaan ditempatkan












 Setelah Dewan PERDA ini siap dibina maka perpustakaan ditempatkan dibangunan ini sehingga sekarang





ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter