Thursday, May 17, 2012

POKOK KEKABU


Ketika berehat diwaktu petang, saya terpandang akan  Sebatang pokok kekabu yang berada dihadapan rumah , jadi terfikir untuk mencari info mengenai pokok kekabu ini . Jom kita tambah ilmu pengehtahuan kita dengan mengenali pokok kekabu ini.Ianya  merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutanMexicoAmerika TengahCaribbean, utara Amerika Selatan, barat Afrika serta Asia Tenggara.Nama botaninya Ceiba pentandra.Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu


 Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Pelbagai kegunaan boleh dihasilkan oleh buah kekabu .Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.



Bantal Kekabu ( Sumber dari Google)



Monday, May 14, 2012


KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN BLOG & TWITTER



Bertempat di Bilik Latihan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah berlangsung kursus pembangunan laman  blog  dan twitter dari jam 9.00 pg hingga jam 5.30 petang,  Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat ( BTM PPAPP). seramai 19 kakitangan  dari perpustakaan   desa, cawangan dan pekan yang terlibat.



Lagu Motivasi untuk kawan - kawan








Monday, May 7, 2012


Tarikh : 3 Mei 2012
Program :Promosi Perpustakaan  Galakan Membaca  
Anjuran : Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh






Wednesday, May 2, 2012


Aktiviti Flower 3D 










Boleh rujuk   disini cara membuat..

Promosi Perpustakaan & Setiap Bayi Satu Buku 
Telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil pada 28 April 2012 , Promosi dijalankan sempena hari ko - kurikulum sekolah tersebut dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang . Seramai 3 orang kakitangan perpustakaan desa terlibat dan 4 orang kakitangan bergerak turun hadir sewaktu promosi dijalankan.


Aktiviti Dam Jelajah sains & Matematik





Aktiviti Dart Ilmu


Aktiviti Dam Bahasa

Saturday, April 28, 2012

Sinopsis Buku Untuk Bulan April.
Untuk dikongsi bersama....

Tajuk Buku : Psikologi Orang Berjaya
Pengarang :Ainon Mohd

Seseorang itu disebut ‘Pejaya’ bukan disebabkan sudah Berjaya, sebaliknya istilah itu diberikan kepada individu yang memiliki ciri- ciri psikologi yang ada pada individu yang amat mengingini kejayaan. Salah satu tingkah laku menonjol personality pejaya ialah mereka itu mendengar perbincangan – perbincangan yang mengandungi topik – topik tertentu sahaja, seperti topik yang menggambarkan peluang – peluang kemajuan kepada status mereka, keuntungan ekonomi ataupun peningkatan pada kuasa yang mereka miliki.

Salah satu ciri psikologi orang yang Berjaya ialah mereka mempunyai keupayaan yang disebut “menagguhkan kepuasan’. Ciri ini menyebabkan seseorang itu sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi menikmati kepuasan yang lebih besar pada hari esok.

Faktor yang amat mempengaruhi kejayaan seseorang itu melaksanakan sesuatu tugas ialah apa yang disebut dengan istilah efikasi. Efikasi bermaksud keupayaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas hingga ke tahap tertentu. Sebagai contoh , apabila seseorang  itu percaya  dia ‘ boleh’ melakukan sesuatu tugas, maka nanti dia betul – betul dapat melakukan tugas itu, tetapi apabila dia tidak percaya dia dapat melakukannya nanti betul – betul dia tidak dapat melakukannya.
Seorang pakar psikolgi terkenal , Albert Bandura mengatakan apabila seseorang individu itu memiliki keyakinan bahawa sesuatu tugas itu dapat diselesaikannya, maka keyakinan itu akan menghasilkan kejayaan. Begitu juga sebaliknya  apabila seseorang itu tidak yakin dapat menyiapkan tugas itu, ia akan menghasilkan kegagalan.

Menurut pakar psikologi  S. S. Tomkins setiap individu mencipta skrip kehidupan masing – masing. Terdapat dua jenis skrip yang penting dalam kehidupan manusia dan kedua –duanya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara kita menyusun skrip kehidupan masing – masing. Keduanya disebut  Skrip komitmen dan skrip nuklear

Skrip Komitmen
Bermaksud memiliki objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai cita- cita, dalam apa jua keadaan , dugaan dan kegagalan  sikap tabah dan tekad untuk terus berjuang kerana yakin segala cabaran dan penderitaan akhirnya dapat diatasi.

 Skrip Neuklear
Bermaksud  perasaan rasa serba salah, serta bimbang dan serba tidak yakin berkenaan apa yang sepatutnya menjadi matlamat hidup . Skrip ini melibatkan pelbagai konflik antara mahu dengan tidak mahu, antara yakin  dengan tidak yakin , antara penakut dengan berani dan macam- macam lagi.
Masalah seringkali disamakan dengan keburukan , padahal ia adalah sebaliknya. Sesuatu masalah itu mungkin mengandungi kebaikan dan kebiasaanya memang begitu dimana ada masalah disitu ada kebaikan. Kejayaan tidak mungkin dicapai dengan lari dari  menghadapi masalah. Malah syarat mencapai kejayaan yang utama adalah melalui kemahiran menyelesaikan masalah.

 “ JANGAN BAWA KEJAYAAN KEPADA SAYA, KEJAYAAN ITU MELEMAHKAN SAYA . BAWALAH MASALAH KEPADA SAYA , MASALAH ITULAH YANG MENGUATKAN SAYA”


Charles F. Kettering , seorang penyelidik terkenal di syarikat membuat kereta General Motors, Amerika 


Sekiranya cara yang digunakan tidak berhasil untuk menyelesaikan masalah itu, seseorang perlulah menukar dengan cara yang lain. Sekiranya masih tidak berhasil jangan  sesekali menyerah. Penyerahan pertama mendorong seseorang untuk melakukan penyerahan kedua . jangan benarkan hati berasa jenuh disebabkan perasaan jenuh mendorong timbulnya rasa patah semangat, yang segera mendorong putus asa.



“TUKAR DAN TUKAR LAGI CARA YANG DIGUNAKAN SEKARANG BAGI MEMECAHKAN MASALAH ITU SEHINGGA DITEMUI KUNCI PENYELESAIANNYA. CUMA SESEORANG PERLU TEKUN DAN TABAH MENCARINYA.”


 Didalam membuat matlamat kejayaan perlulah......



pastikan matlamat itu adalah munasabah. Kenali diri sendiri, dimana kekuatan kita dan mana kelemahan kita . Jangan membuat matlamat yang diluar keupayaan sendiri untuk mencapainya . Cuba kaji dimana bakat kita , dan kaji juga perkara- perkara yang dialami dimasa lalu. Cuba mengerti mengapa perkara itu terjadi kepada kita . Gunakan itu semua sebagai asas menentukan matlamat kejayaan yang hendak dicapai


Tuesday, April 24, 2012


Karnival Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2012 telah berlangsung di Perpustakaan Cawangan Georgetown , Pulau Pinang. 
Sedikit sejarah mengenai Hari Buku dan Hak Cipta.Pada setiap tahun  Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia akan disambut secara serentak oleh 100 buah negara di dunia. Sejak tahun 1996, Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai " Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia". Tarikh ini dipilih bersempena tarikh kelahiran William Shakespeare pada tahun 1564 dan kematian beliau pada tahun 1616.








 Diskusi Sastera  " Kembara Amira" Bersama saudara Amer Hmzah L. Kadir


 Lawatan Ke tapak Aktiviti dan pesta buku 2012


Aktiviti Setiap Bayi Satu Buku






 24 buah tajuk buku yang telah berjaya dilukis oleh PDSI Sungai Acheh





ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter