Thursday, May 17, 2012

POKOK KEKABU


Ketika berehat diwaktu petang, saya terpandang akan  Sebatang pokok kekabu yang berada dihadapan rumah , jadi terfikir untuk mencari info mengenai pokok kekabu ini . Jom kita tambah ilmu pengehtahuan kita dengan mengenali pokok kekabu ini.Ianya  merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutanMexicoAmerika TengahCaribbean, utara Amerika Selatan, barat Afrika serta Asia Tenggara.Nama botaninya Ceiba pentandra.Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu


 Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Pelbagai kegunaan boleh dihasilkan oleh buah kekabu .Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.
Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.
Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.



Bantal Kekabu ( Sumber dari Google)



No comments:

Post a Comment

ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter