Thursday, April 1, 2010

PERKHIDMATAN MAKLUMAT KOMUNITI
PERUSAHAAN BATIK TULIS

Bengkel batik tulis ini lokasinya terletak di Kawasan Pekan Sungai Acheh . Telah ditubuhkan pada 1 Jun 2002 , yang mana ianya telah diasaskan oleh PERDA ( Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ) . Mempunyai dua orang pekerja bengkel batik ini sering menerima tempahan daripada pelbagai jabatan dan organisasi antaranya Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang , Pertubuhan Peladang, sekolah - sekolah berasrama penuh , JKKK dan juga daripada Lemabaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA) .

Menurut Puan Maryam Ahmad yang juga penyelia dan pelukis batik Sungai Acheh ini . beliau mempelajari bidang batik tulis ini melalui kursus yang dianjurkan oleh Lemabaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA) selama enam bulan dan kemudian menyambung lagi pembelajarannya di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia selama setahun. Menurutnya lagi beliau turut menyertai promosi - promosi di seluruh Malaysia antaranya promosi yang diannjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ( sempena minggu Kraftangan), promosi 1 daerah 1 koperasi di selangor , serta ekspo keusahawanan . melalui program - program sebegini beliau dapat menjual produk batik yang dihasilkan .

Disamping itu , bengkel batik tulis Sungai Acheh ini juga turut mempelbagaikan keluaran . Antaranya , cenderahati, Frame gambar , skrol sijil dan kotak serbaguna.Selain daripada corak - corak terkini yang dihasilkan pelanggan - pelanggan yang ingin menempah juga turut digalakkan membawa sendiri rekaan ataupun corak yang diinginkan .




ANTARA PRODUK YANG DIHASILKAN DI BENGKEL BATIK TULIS SUNGAI ACHEH

Bekas serbaguna & skrol sijil




Kotak Cenderamata



Antara Corak yang dihasilkan



Corak untuk Baju Tidur




Antara Corak yang diminati ramai untuk baju tidur




Corak Bunga tulip




Kain pasang untuk baju kameja dan Pario




Kain yang tersedia untuk dipasarkan




No comments:

Post a Comment

ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter