Wednesday, August 5, 2009

OGOS BULAN KEMERDEKAAN

Gambar diatas menunjukkan Pekan Sungai Acheh pada 31 ogos 1957

Umum kita ketahui apabila masuk sahaja bulan Ogos setiap tahun maka pelbagai acara diadakan untuk mengingat kembali genarasi muda tentang sejarah kemerdekaan negara kita . yang disambut pada 31 Ogos .

Gambar diatas juga ada kaitan dengan kemerdekaan . Gambar ini sudah tentu memberi seribu satu memori yang tidak akan luput dari kota ingatan orang -orang yang sebaya ayah, datuk dan nenek kita suatu masa duhulu. Gambar diatas merupakan gambar Kampung Sungai Acheh yang diambil pada tarikh 31 Ogos 1957. Menurut salah seorang penduduk kampung yang juga pemilik gambar nostalgia ini . waktu gambar ini diambil umur beliau pada ketika itu ialah diawal 20 an.Pada ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 diumum sebagai tarikh kemerdekaan negara maka penduduk -penduduk Kampung Sungai Acheh ini telah sepakat untuk membina pintu gerbang .Tujuan pintu gerbang ini dibina sebagai mengingati tarikh keramat tersebut.Wang untuk membina pintu gerbang ini adalah hasil sumbangan penduduk-penduduk kampung Sungai Acheh . Pembinaan pintu gerbang ini dijalankan secara gotong royong.

Pembinaan pintu gerbang ini tidak hanya disambut dan dibina di kampung ini sahaja , malah dengan semangat kemerdekaan dan semangat muafakat ,maka kampung-kampung yang berhampiran dengan kampung sungai acheh juga turut membina pintu gerbang dengan idea yang tersendiri . Antara kampung -kampung yang berjiran dengan kampung Sungai Acheh ialah Kampung Sungai Udang dan kampung Sungai Bakau.


2 comments:

  1. Nostalgia sungguh gambar ni .Kalau tak salah ..pintu gerbang ni ke jalan batas pinang dan bangunan belakang tu adalah bangunan sekolah lama..

    ReplyDelete
  2. bangunan sekolah lama tu dah betul .tapi pintu gerbang tu betul2 kat pekan sungai acheh ..

    ReplyDelete

ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter