Wednesday, January 28, 2009

SEJARAH

Sungai Tempat pedagang -pedagang dari Acheh berlabuh


SUNGAI ACHEH MENDAPAT NAMA
Di kampung ini juga terdapat sebatang sungai yang agak luas ,dipenuhi dengan pokok – pokok bakau disekitarnya dimana banyak tongkang – tongkang yang membawa pedagang – pedagang Acheh sering berulang – alik untuk menjual barang dagangan . Antara barang – barang yang dibawa adalah seperti rempah ratus,kelapa kering dan kayu bakau.Barang – barang ini kemudiannya ditukar dengan beras dan hasil pertanian yang lain . yang diperoleh daripada penduduk kampong ini. Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada waktu itu adalah bersawah dan nelayan.

Kesan daripada kedatangan pedagang – pedagang Acheh yang sering ulang – alik untuk berniaga dan ada juga sesetengah daripadanya yang berkahwin dengan penduduk kampong ini . Maka mereka telah bersepakat untuk menamakan kampung tersebut dengan nama “ SUNGAI ACHEH” ini dalah kerana sebagai menghargai jasa dan tanda terima kasih penduduk kampung kepada pedagang – pedagang tersebut yang telah berjaya mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang ada seperti perniagaan dan pertanian.

Kesan sejarah juga dapat dilihat pada ketika itu yang mana tongkang yang dinaiki oleh pendagang – pendagang ini telah karam didasar sungai.Akibat daripada tiada kesan pemuliharaan jangka panjang tongkang tersebut telah dibiarkan sebegitu sahaja dan lenyap oleh arus pembangunan yang semakin banyak . Selain dari kampung Sungai Acheh , ada lagi kampung – kampung lain yang turut menggunakan perkataan “ SUNGAI” di permulaannya antaranya adalah Sungai Setar, Sungai Udang, Sungai Air Hitam , Sungai Chenaam dan Sungai Bakau. Kesemua kampung – kampung ini adalah merupakan kampung yang hampir dengan Kampong Sungai Acheh.

1 comment:

ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter