Monday, October 22, 2012

Promosi Perpustakaan di Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ

Tarikh : 21 Oktober 2012
Tempat : Dewan Gerakan Masyarakat PERDA Sungai Acheh
Kakitangan  Yang terlibat terdiri dari kakitangan perpustakaan desa yang berhampiran dengan PD Sungai Acheh,

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Acheh turut mengambil bahagian didalam program ini. Sebanyak dua kaunter perkhidmatan perpustakaan turut dibuka yang mana satu kaunter telah diletakkan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Penjara , Kastam, Polis Diraja Malaysia dan  Jabatan Perhilitan. Satu lagi kaunter ialah bangunan perpustakaan desa sendiri yang mana didalam perpustakaan telah dijadikan  sebagai tempat untuk menderma darah yang menempatkan Unit Tabung Darah daripada 
Hospital Seberang Jaya.


Persembahan kebudayaan daripada Kakitangan JPJ




Gerai pameran  perpustakaan 




 Bas E-Pustaka juga turut serta mengambil tempat bersama dengan Bas Bomba dan Penyelamat 




Antara aktiviti - aktiviti yang ada di gerai perpustakaan 




Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat dan menggunakan perkhidmatan yang ada
 didalam Bas E- Pustaka



 Demostrasi Dari Jabatan Penjara Malaysia




Sebahagian dari haiwan yang diawet di gerai  Jabatan Perhilitan




Menerima Cenderahati dari pihak JPJ 




Cenderahati dari pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang kepada JPJ 




 Antara pengunjung bertuah yang  mendaftar keahlian di gerai Perpustakaan 















Kaunter kedua 2 ( Didalam Perpustakaan Desa Sungai Acheh )
yang menempatkan  Unit Tabung Darah . Kaunter pendaftaran keahlian dan promosi perpustakaan turut dijalankan.


 Menerima kunjungan daripada  Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 




 Sebahagian daripada pengunjung perpustakaan yang turut menderma darah 























Sunday, October 21, 2012

Sukan Rakyat Bersama Masyarakat Kampung Sungai Acheh dan Warga Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang

Program ini diadakan sempena Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ . Sebanyak dua belas  acara telah dipertandingkan . Urusetia sukan rakyat ini melibatkan beberapa agensi yang berada dikomuniti Sungai Acheh  seperti  Tabika  KEMAS, Pusat Literasi Komputer dan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Acheh. Antara acara - acara yang dipertandingkan  kupas,dan kukur kelapa, simpulan kasih, bola berirama, belon beracun, galah panjang.

Acara bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir 7.00 petang. 


Acara Mengisi air kedalam botol kanak-kanak



 Kupas dan kukur kelapa



Acara Simpulan Kasih




Acara Belon Beracun





Kakitangan Perpustakaan desa yang terlibat sebagai urusetia pertandingan

Thursday, October 18, 2012




MARI TURUT SERTA BERSAMA -SAMA KAMI DI PROGRAM
SATU KOMUNITI SATU JPJ , PELBAGAI ACARA MENARIK MENANTI ANDA DI GERAI PAMERAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

PENDAFTARAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN ADALAJH PERCUMA  APA TUNGGU LAGI, JUMPA DISANA 


Tarikh : 20 Oktober 2012
Aktiviti : Kraf  Dari Pinggan Kertas ( Tempat Mengisi Surat )



Wednesday, October 10, 2012


AKAN DATANG.........

Jom Sertai Kami di PINK FESTIVAL




Tuesday, October 9, 2012


Program Hari  Kesihatan  bersama Pejabat Kesihatan Daerah 
dan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lima Kongsi

Tarikh : 23 September 2012 ( Ahad)
Tempat: PDSI Lima Kongsi
Staff terlibat : terdiri daripada kakitangan PD Tasek, Bukit Tambun, sungai Duri, Jawi, Pekan Simpang Ampat, Permatang Keling, Changkat, Sungai bakau , Sungai Kechil dan Sungai Acheh
Aktiviti yang dijalankan: Mewarna ,  Kuiz Kesihatan, aktiviti permainan dalaman 







Perkongsian Ilmu Sewaktu Menghadiri kursus  Creative Learning ( Part 1)

Kursus:  “Creative Learning” Part 1
Fasilitator: Puan Priscilla Ho ( Majlis Pendidikan Pulau Pinang)
Tarikh: 25-27 September 2012
Kakitangan Terlibat :  Terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Desa 
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam pulau Pinang



Creative Learning merupakan kursus yang mendekatkan golongan dewasa dengan golongan kanak-kanak dengan lukisan.Melalui hasil lukisan menterjemahkan 1001 maksud yang tersirat disebebaliknya, samada sedih, suka, gembira atau sebaliknya.Melalui lukisan juga ia sedikit sebanyak dapat meredakan permasalahan yang ada dalam diri seseorang. Malah melalui lukisan juga kita akan dapat melihat bagaimanakah perasaan dalaman seseorang itu.



Creative Art Skill
Menolong kanak-kanak mengeluarkan emosi melalui lukisan
-Aleriate behavior and mental health problem
-Assist your own personal development
SOLF AWARENESS -----> MINDFULNESS-------> WISDON
Aktiviti pertama, melukis apa sahaja yang terlintas difikiran anda
pada waktu itu dan terjemahkannya diatas kertas yang terlebih
dahulu dilipat dan dibahagikan kepada kotak-kotak kecil. Aktiviti ini boleh dipraktikan di perpustakaan anda setiap kali datang ke perpustakaan lukislah apa yang anda fikirakan dengan menggunakan crayon/pensil warna .Bahagikan sama ada anda ingin melukis sehari satu kotak, 3 kotak atau sebaliknya. Kemudian daripada lukisan lukisan tersebut anda boleh menghasilkan semua cerita pendek .




ENAM CERITA PENDEK ( Six Part Story) perlu mempunyai
perkara –perkara berikut:
*WATAK UTAMA( Cthnya: jika gambar yang dilukis ialah
“LEBAH “ maka watak utamanya adalah lebah)
*TASK
* OPTICAL(PERKARA YANG MENGHALANG )
* ORANG YANG MENOLONG
* TINDAKAN
                                                      * ENDING/ PENGAKHIRAN CERITA TERSEBUT.




Aktiviti “ Apa Kata Jebat” aktiviti ini boleh juga
menggantikan perkataan jebat dengan perkataan lain
seperti “ Apa Kata Upin” atau sebaliknya
Boleh dijalankan dengan pelbagai cara, samada membuat bulatan , barisan atau berkumpulan.

Contoh: seorang peserta akan memberi arahan “Jebat kata

angkat kaki” (semua perlu angkat kaki)
Jebat kata turunkan kaki ( semua perlu turunkan kaki) Sekiranya arahan yang diterima tidak menyebut perkataan “Jebat kata……” tetapi ada peserta yang membuat pergerakan maka secara automatiknya peserta itu terkeluar dari permainan.




Aktiviti Muzik
Menggunakan bahan- bahan seperti beg plastik, tin
kosong dan botol mineral. Dengan menggunakan
peralatan seperti ini , dengan cara yang tertentu
rhythm bunyi yang indah akan dapat dihasilkan
walaupun dengan menggunakan bahan – bahan
terbuang.




Buku” I Am special” Aku Insan Istimewa
Pada hari kedua kursus kami dibekalkan dengan buku “ I am
special” ianya merupakan ruang yang istimewa bagi kanak- kanak . " Aku Insan Istimewa" adalah satu ruang yang istimewa untuk meluahkan perasaan dengan cara yang kreatif
tanpa berkata melalui lukisan dan penceritaan. Ia adalah satu ruang yang istimewa  yang turut mencatatkan harapan dan impian insan istimewa tersebut membenarkan lahirnya keindahan dan keajaiban dengan menggambarkan perasaan sedih, gembira, marah dan takut.Melalui aktiviti yang ada didalam buku ini juga ianya dapat digunakan kepada pengguna – pengguna perpustakaan khususnya kanak-kanak untuk mendalami alam diri, membuka hati dan memenuhi ruang kosong dan sempit dengan memperkembangkan keindahan hidup.





Senaraikan apakah perkara yang anda takut dan
menakutkan anda .
Senaraikan seberapa banyak perkara yang anda takut dan
menakutkan anda . Daripada senarai tersebut cuba
selesaikan masalah tersebut dengan cara yang lebih positif.






Aktiviti melukis dan menambah warna pada lukisan asas. (
lakaran bentuk wajah)
Peserta dikehendaki menyiapkan lukisan dengan menambah
warna . Hasilnya seperti gambar disebelah yang telah berjaya
disiapkan oleh semua peserta kursus.






Aktiviti mendengar dan melihat berfungsi untuk menguji tahap kepekaan kepada arahan yang diberikan .
Hanya pergerakan sahaja dibenarkan
Cara :
 Buatkan barisan / kumpulan
 Pilih seorang untuk memberi arahan, Cthnya : ahli kumpulan tersebut ada 6 orang Arahannya: “ Susun ahli kumpulan mengikut bulan januari hingga disember” Maka setiap ahli kumpulan yang lain tidak dibenarkan bercakap. Hanya melalui pergerakan jari sahaja untuk mewakili bulan lahir.dan susunan perlu dibuat.

Anda juga boleh berikan pelbagai jenis arahan –arahan lain seperti:

 Susunkan warna kulit dari cerah  sawo matang
 Susun berdasarkan ketinggian paling rendah paling tinggi
 Susunkan bilangan dalam keluarga


UNTUK DIKONGSI BERSAMA……….




A CHINESE SAYING

I SEE I FORGOT
I HEAR AND I REMEMBER
I TOUCH AND I UNDERSTAND



JOHN BOWBY

A YOUNG CHILD NEEDS TO DEVELOP
IN RELATIONSHIP WITH AT LEAST
ONE PRIMARY CAREGIVEN FOR
SOSIAL AND EMOTIONAL
DEVELOPMENT TO ACCOUR NORMALLY









ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter