Friday, March 18, 2011

Pada 18 Mac 2011 satu program Lincoln telah berlangsung di Auditorium PPAAP .
Ceramah Afghanistan The Glass Is Half Full telah disampaikan oleh
Scott M. Rauland, Counselor For Public Affair
Staff PD turut menghadiri majlis ini disebelah pagi dan perpustakaan dibuka semula sebelah petang.






Tuesday, March 1, 2011










Aktiviti Jejak Maklumat

Pada 26 februari 2011 ,Staff PD Sg. Acheh bersama-sama staff desa daerah Seberang Perai Selatan telah terlibat menjalankan aktiviti Jejak maklumat di Perpustakaan Negeri ,
Seberang jaya. pada kali ini seramai 72 orang pelajar - pelajar lelaki dari MRSM PDRM Kulim .

Dibahagikan sebanyak 7 kumpulan bersama seorang staff desa telah diberi tugasan untuk memantau pelajar-pelajar ini....


Antara Staff daerah Seberang Perai Selatan



Kumpulan Yang Menang




Kumpulan yang lambat hantar soalan kena denda buat tarian
memang sporting.....




Sessi Santai tarian chicken dance & macarena







Sebahagian Pelajar MRSM PDRM, Kulim






SAKSIKAN!!!....

Friday, January 28, 2011

Wednesday, August 18, 2010

Sungai Acheh Kaya Sejarah
Sedang saya mengemas terjumpa artikel dari surat khabar Berita Harian bertarikh
2 Jun 2006 mengenai kampung Sungai Acheh. Jadi apa salahnya jika saya kongsikan artikel ini bersama - anda .

Klik pada gambar untuk pembacaan yang lebih jelas

Gambar Pekan Sg. Acheh suatu ketika dahulu

( klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)



Buku Terkini Dalam Edaran





Friday, August 13, 2010

PROGRAM PERMUAFAKATAN KOMUNITI

Lokasi promosi perpustakaan Pd Sungai Acheh seterusnya ialah di Program Permuafakatan Komuniti yang telah berlangsung di kampung Sungai Udang yang mana kampung ini juga merupakan sebuah kampung yang berjiran dengan kampung Sungai Acheh.

Program ini adalah dengan kerjasama KRT Sungai Udang, Surau Sungai Udang dan Persatuan Belia Sungai Udang telah berlangsung pada 8 Ogos 2010 yang lalu. Bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Walaupun pada awal pagi keadaan cuaca kurang memuaskan kerana hujan lebat , namun alhamdulillah menjelang tengahari hujan pun berhenti dan acara-acara dapat dijalankan seperti biasa . Pada program kali ini terdapat 8 agensi yang terlibat antaranya Jabatan Penjara, Jabatan Pertanian, Jabatan Belia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Klinik Kesihatan Sungai Acheh, Bank Rakyat, Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Acheh dan Telekom.

Okjektif utama program ini diadakan adalah bagi mengeratkan tali silaturrahim diantara penduduk kampung sungai Udang yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Diprogram ini juga turut diadakan majlis penyampaian Netbook oleh pihak Telekom Malaysia yang mana Kampung Sungai Udang adalah merupakan kampung yang pertama didalam negeri Pulau Pinang yang menerima kemudahan Netbook 1 Malaysia lengkap dengan kemudahan jalur lebar, yang menariknya penerima-penerima netbook ini adalah terdiri daripada nelayan -nelayan dan juga golongan petani, selepas ini tiada lagi masalah jurang digital dikalangan penduduk luar bandar, maklumat hanya dihujung jari.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya acara sukaneka, pertandingan mewarna berkeluarga yang dianjurkan oleh Bank rakyat, pertandingan memasak cucur kodok pisang berpasangan,pertandingan gubahan .Turut tidak ketinggalan Pd Sungai Acheh juga mengadakan kempen pendaftaran keahlian perpustakaan serta mengadakan pertandingan bina perkataan dan juga teka panjang riben. Turut diadakan aktiviti sampingan iaitu dart ilmu yang sering kali mendapat perhatian oleh pengunjung apabila promosi perpustakaan dijalankan.

Kepada pihak penganjur terima kasih kerana menerima kedatangan kami di majlis anda , Terima kasih Daun Keladi , Jikalau boleh hendak kesana lagi .






YB Dato Mahmood (ADUN Sg. Acheh ) , Y.Bhg Dato Zainal Abidin Osman ( Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ) Puan Jim Caroline ( Pegawai Perpaduan daerah SPS), Encik Abdul Hamid( Pengerusi JKKP Sg. Acheh) dan En. Abu Bakar Md Nor ( Pengerusi KRT Sg. Udang) bersama penerima-penerima netbook




Gerai Perpustakaan Desa Sg. Acheh yang mendapat perhatian ramai



Adik nie sedang mencuba menjawap soalan dart ilmu



Kusyuk...kusyuk tengah memikirkan jawapan agaknya..



Pertandingan mewarna berkeluarga yang dijalankan oleh Bank rakyat



Aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan




Acara sukaneka Bowling kelapa




Balingan Kasih .... baling tak dapat sambut habis basah baju ....




Acara siapa minum air paling banyak . masa 10 saat jer.....




acara basikal lambat , lepas ni kiat habis la handle basikal tu




Acara yang memerlukan kreativiti, satu-satunya peserta lelaki



Pemenang pertama dengan tajuk gubahan lipatannya " Perahu 1 Malaysia"



Acara yang paling seronok memperlihatkan kaum lelaki memasak cucur kodok pisang. Si isteri cuma bantu yang mana patut , si suami yang kena adun , menggoreng dan menghiasnya.


gaya dah ada dah tu.. tapi rasa belum tau lagi...


ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter