Sinopsis Buku Untuk Bulan April.
Untuk dikongsi bersama....
Tajuk Buku :
Psikologi Orang Berjaya
Pengarang
:Ainon Mohd
Seseorang
itu disebut ‘Pejaya’ bukan disebabkan sudah Berjaya, sebaliknya istilah itu
diberikan kepada individu yang memiliki ciri- ciri psikologi yang ada pada
individu yang amat mengingini kejayaan. Salah satu tingkah laku
menonjol personality pejaya ialah mereka itu mendengar perbincangan – perbincangan
yang mengandungi topik – topik tertentu sahaja, seperti topik yang
menggambarkan peluang – peluang kemajuan kepada status mereka, keuntungan
ekonomi ataupun peningkatan pada kuasa yang mereka miliki.
Salah satu
ciri psikologi orang yang Berjaya ialah mereka mempunyai keupayaan yang disebut
“menagguhkan kepuasan’. Ciri ini menyebabkan seseorang itu sanggup menangguhkan
kepuasan hari ini bagi menikmati kepuasan yang lebih besar pada hari esok.
Faktor yang
amat mempengaruhi kejayaan seseorang itu melaksanakan sesuatu tugas ialah apa
yang disebut dengan istilah efikasi. Efikasi bermaksud keupayaan seseorang itu
melakukan sesuatu tugas hingga ke tahap tertentu. Sebagai contoh ,
apabila seseorang itu percaya dia ‘ boleh’ melakukan sesuatu tugas, maka
nanti dia betul – betul dapat melakukan tugas itu, tetapi apabila dia tidak
percaya dia dapat melakukannya nanti betul – betul dia tidak dapat
melakukannya.
Seorang
pakar psikolgi terkenal , Albert Bandura
mengatakan apabila seseorang individu itu memiliki keyakinan bahawa sesuatu
tugas itu dapat diselesaikannya, maka keyakinan itu akan menghasilkan kejayaan.
Begitu juga sebaliknya apabila seseorang
itu tidak yakin dapat menyiapkan tugas itu, ia akan menghasilkan kegagalan.
Menurut
pakar psikologi S. S. Tomkins setiap individu mencipta skrip kehidupan masing –
masing. Terdapat dua jenis skrip yang penting dalam kehidupan manusia dan kedua
–duanya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara kita menyusun skrip kehidupan
masing – masing. Keduanya disebut Skrip
komitmen dan skrip nuklear
Skrip Komitmen
Bermaksud
memiliki objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Bekerja kuat, tabah dan
gigih kerana mahu mencapai cita- cita, dalam apa jua keadaan , dugaan dan
kegagalan sikap tabah dan tekad untuk
terus berjuang kerana yakin segala cabaran dan penderitaan akhirnya dapat
diatasi.
Skrip Neuklear
Bermaksud perasaan rasa serba salah, serta bimbang dan
serba tidak yakin berkenaan apa yang sepatutnya menjadi matlamat hidup . Skrip
ini melibatkan pelbagai konflik antara mahu dengan tidak mahu, antara yakin dengan tidak yakin , antara penakut dengan
berani dan macam- macam lagi.
Masalah
seringkali disamakan dengan keburukan , padahal ia adalah sebaliknya. Sesuatu masalah
itu mungkin mengandungi kebaikan dan kebiasaanya memang begitu dimana ada
masalah disitu ada kebaikan. Kejayaan tidak mungkin dicapai dengan lari
dari menghadapi masalah. Malah syarat
mencapai kejayaan yang utama adalah melalui kemahiran menyelesaikan masalah.
Charles F. Kettering , seorang penyelidik
terkenal di syarikat membuat kereta General Motors, Amerika
Sekiranya cara yang digunakan tidak berhasil untuk
menyelesaikan masalah itu, seseorang perlulah menukar dengan cara yang lain.
Sekiranya masih tidak berhasil jangan
sesekali menyerah. Penyerahan pertama mendorong seseorang untuk
melakukan penyerahan kedua . jangan benarkan hati berasa jenuh disebabkan
perasaan jenuh mendorong timbulnya rasa patah semangat, yang segera mendorong
putus asa.
“TUKAR DAN TUKAR
LAGI CARA YANG DIGUNAKAN SEKARANG BAGI MEMECAHKAN MASALAH ITU SEHINGGA DITEMUI
KUNCI PENYELESAIANNYA. CUMA SESEORANG PERLU TEKUN DAN TABAH MENCARINYA.”
Didalam membuat
matlamat kejayaan perlulah......
pastikan matlamat itu adalah
munasabah. Kenali diri sendiri, dimana kekuatan kita dan mana kelemahan kita .
Jangan membuat matlamat yang diluar keupayaan sendiri untuk mencapainya . Cuba
kaji dimana bakat kita , dan kaji juga perkara- perkara yang dialami dimasa
lalu. Cuba mengerti mengapa perkara itu terjadi kepada kita . Gunakan itu semua sebagai asas
menentukan matlamat kejayaan yang hendak dicapai
No comments:
Post a Comment