Saturday, April 28, 2012

Sinopsis Buku Untuk Bulan April.
Untuk dikongsi bersama....

Tajuk Buku : Psikologi Orang Berjaya
Pengarang :Ainon Mohd

Seseorang itu disebut ‘Pejaya’ bukan disebabkan sudah Berjaya, sebaliknya istilah itu diberikan kepada individu yang memiliki ciri- ciri psikologi yang ada pada individu yang amat mengingini kejayaan. Salah satu tingkah laku menonjol personality pejaya ialah mereka itu mendengar perbincangan – perbincangan yang mengandungi topik – topik tertentu sahaja, seperti topik yang menggambarkan peluang – peluang kemajuan kepada status mereka, keuntungan ekonomi ataupun peningkatan pada kuasa yang mereka miliki.

Salah satu ciri psikologi orang yang Berjaya ialah mereka mempunyai keupayaan yang disebut “menagguhkan kepuasan’. Ciri ini menyebabkan seseorang itu sanggup menangguhkan kepuasan hari ini bagi menikmati kepuasan yang lebih besar pada hari esok.

Faktor yang amat mempengaruhi kejayaan seseorang itu melaksanakan sesuatu tugas ialah apa yang disebut dengan istilah efikasi. Efikasi bermaksud keupayaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas hingga ke tahap tertentu. Sebagai contoh , apabila seseorang  itu percaya  dia ‘ boleh’ melakukan sesuatu tugas, maka nanti dia betul – betul dapat melakukan tugas itu, tetapi apabila dia tidak percaya dia dapat melakukannya nanti betul – betul dia tidak dapat melakukannya.
Seorang pakar psikolgi terkenal , Albert Bandura mengatakan apabila seseorang individu itu memiliki keyakinan bahawa sesuatu tugas itu dapat diselesaikannya, maka keyakinan itu akan menghasilkan kejayaan. Begitu juga sebaliknya  apabila seseorang itu tidak yakin dapat menyiapkan tugas itu, ia akan menghasilkan kegagalan.

Menurut pakar psikologi  S. S. Tomkins setiap individu mencipta skrip kehidupan masing – masing. Terdapat dua jenis skrip yang penting dalam kehidupan manusia dan kedua –duanya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas cara kita menyusun skrip kehidupan masing – masing. Keduanya disebut  Skrip komitmen dan skrip nuklear

Skrip Komitmen
Bermaksud memiliki objektif dan matlamat hidup yang sangat jelas. Bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai cita- cita, dalam apa jua keadaan , dugaan dan kegagalan  sikap tabah dan tekad untuk terus berjuang kerana yakin segala cabaran dan penderitaan akhirnya dapat diatasi.

 Skrip Neuklear
Bermaksud  perasaan rasa serba salah, serta bimbang dan serba tidak yakin berkenaan apa yang sepatutnya menjadi matlamat hidup . Skrip ini melibatkan pelbagai konflik antara mahu dengan tidak mahu, antara yakin  dengan tidak yakin , antara penakut dengan berani dan macam- macam lagi.
Masalah seringkali disamakan dengan keburukan , padahal ia adalah sebaliknya. Sesuatu masalah itu mungkin mengandungi kebaikan dan kebiasaanya memang begitu dimana ada masalah disitu ada kebaikan. Kejayaan tidak mungkin dicapai dengan lari dari  menghadapi masalah. Malah syarat mencapai kejayaan yang utama adalah melalui kemahiran menyelesaikan masalah.

 “ JANGAN BAWA KEJAYAAN KEPADA SAYA, KEJAYAAN ITU MELEMAHKAN SAYA . BAWALAH MASALAH KEPADA SAYA , MASALAH ITULAH YANG MENGUATKAN SAYA”


Charles F. Kettering , seorang penyelidik terkenal di syarikat membuat kereta General Motors, Amerika 


Sekiranya cara yang digunakan tidak berhasil untuk menyelesaikan masalah itu, seseorang perlulah menukar dengan cara yang lain. Sekiranya masih tidak berhasil jangan  sesekali menyerah. Penyerahan pertama mendorong seseorang untuk melakukan penyerahan kedua . jangan benarkan hati berasa jenuh disebabkan perasaan jenuh mendorong timbulnya rasa patah semangat, yang segera mendorong putus asa.



“TUKAR DAN TUKAR LAGI CARA YANG DIGUNAKAN SEKARANG BAGI MEMECAHKAN MASALAH ITU SEHINGGA DITEMUI KUNCI PENYELESAIANNYA. CUMA SESEORANG PERLU TEKUN DAN TABAH MENCARINYA.”


 Didalam membuat matlamat kejayaan perlulah......



pastikan matlamat itu adalah munasabah. Kenali diri sendiri, dimana kekuatan kita dan mana kelemahan kita . Jangan membuat matlamat yang diluar keupayaan sendiri untuk mencapainya . Cuba kaji dimana bakat kita , dan kaji juga perkara- perkara yang dialami dimasa lalu. Cuba mengerti mengapa perkara itu terjadi kepada kita . Gunakan itu semua sebagai asas menentukan matlamat kejayaan yang hendak dicapai


Tuesday, April 24, 2012


Karnival Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2012 telah berlangsung di Perpustakaan Cawangan Georgetown , Pulau Pinang. 
Sedikit sejarah mengenai Hari Buku dan Hak Cipta.Pada setiap tahun  Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia akan disambut secara serentak oleh 100 buah negara di dunia. Sejak tahun 1996, Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan 23 April setiap tahun sebagai " Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia". Tarikh ini dipilih bersempena tarikh kelahiran William Shakespeare pada tahun 1564 dan kematian beliau pada tahun 1616.








 Diskusi Sastera  " Kembara Amira" Bersama saudara Amer Hmzah L. Kadir


 Lawatan Ke tapak Aktiviti dan pesta buku 2012


Aktiviti Setiap Bayi Satu Buku






 24 buah tajuk buku yang telah berjaya dilukis oleh PDSI Sungai Acheh





Monday, April 16, 2012


Projek Buku Gergasi........ Nantikan ceritanya






Promosi Perpustakaan di Karnival Amal Jom Makan, Sek. Kebangsaan Sri Tasek telah berlangsung pada 15 April 2012









Promosi perpustakaan dan Baby Book sempena Program Mesra Gen-Y Anjuran Giat Mara dan MARA Negeri Pulau Pinang telah berlangsung Selama dua hari iaitu pada 30 Mac dan 1 April 2012 . bertempat di Dataran PERDA Sungai Acheh. Seramai 9 orang staff terlibat sepanjang dua hari program berlangsung.






Aktiviti : Mewarna Kesihatan




Aktiviti : Colour , Cut & Paste Agry Birds
Aktiviti lebih santai kerana ianya diadakan diluar perpustakaan .





Aktiviti : Colouring Butterfly





Aktiviti Permainan Tradisonal : Batu Selambut





ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter