Wednesday, April 28, 2010

Perkhidmatan Komuniti
( Batik Tulis)


Kain Pasang untuk baju Kurung


Baju Kemeja



Kaftan untuk baju kelawar










Monday, April 26, 2010

Pertandingan Bercerita
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Acheh telah menghantar seorang perserta ke pertandingan bercerita di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Pertandingan ini adalah peringkat saringan dan sepuluh peserta terbaik akan bersaing di peringkat akhir yang akan diadakan Dewan Millenium , Kepala Batas .
Adik Nurul Izzah Bt. Mohd Yusof berumur 6 tahun menyampaikan cerita yang bertajuk " Arnab dan kura-kura". walaupun tidak berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir namun pendedahan ini diharapkan adik Nurul Izzah akan dapat mewakili lagi Perpustakaan Desa Siber Sungai Acheh pada tahun - tahun akan datang.





Urusetia Pendaftaran


Juri Puan Azariah dan Cik Ummi



Adik Nurul Izzah sedang menyampaikan cerita



Cuba lagi tahun depan ye dik ...




Saturday, April 24, 2010



PESTA BUKU KEMBALI LAGI!!!


Pesta yang menampilkan banyak penerbit- penerbit buku yang popular antaranya SASBADI, PELANGI, AlAF 21,PTS dan banyak lagi .

Jangan lepaskan peluang TERHEBAT ini dan nikmatilah DISKAUN sehingga 70%


TAWARAN HARGA RUNTUH !!!!
JOM SERBU RAMAI-RAMAI KE PESTA BUKU 2010 !!


















Wednesday, April 14, 2010

Aktiviti Badut Pencil
Peserta seramai 20 Orang









Tuesday, April 6, 2010

Aktiviti Surat Berantai
Peserta 20 Org ( 4 Org setiap kumpulan )

Gigih menyampaikan semula apa yang dibaca pada rakan sekumpulan






Salin jangan tak salin dik....





Aktiviti Jom Tolong Saya Cari Jalan Keluar
Peserta Seramai 18 Org

















Thursday, April 1, 2010

PERKHIDMATAN MAKLUMAT KOMUNITI
PERUSAHAAN BATIK TULIS

Bengkel batik tulis ini lokasinya terletak di Kawasan Pekan Sungai Acheh . Telah ditubuhkan pada 1 Jun 2002 , yang mana ianya telah diasaskan oleh PERDA ( Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ) . Mempunyai dua orang pekerja bengkel batik ini sering menerima tempahan daripada pelbagai jabatan dan organisasi antaranya Koperasi Guru Melayu Pulau Pinang , Pertubuhan Peladang, sekolah - sekolah berasrama penuh , JKKK dan juga daripada Lemabaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA) .

Menurut Puan Maryam Ahmad yang juga penyelia dan pelukis batik Sungai Acheh ini . beliau mempelajari bidang batik tulis ini melalui kursus yang dianjurkan oleh Lemabaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA) selama enam bulan dan kemudian menyambung lagi pembelajarannya di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia selama setahun. Menurutnya lagi beliau turut menyertai promosi - promosi di seluruh Malaysia antaranya promosi yang diannjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ( sempena minggu Kraftangan), promosi 1 daerah 1 koperasi di selangor , serta ekspo keusahawanan . melalui program - program sebegini beliau dapat menjual produk batik yang dihasilkan .

Disamping itu , bengkel batik tulis Sungai Acheh ini juga turut mempelbagaikan keluaran . Antaranya , cenderahati, Frame gambar , skrol sijil dan kotak serbaguna.Selain daripada corak - corak terkini yang dihasilkan pelanggan - pelanggan yang ingin menempah juga turut digalakkan membawa sendiri rekaan ataupun corak yang diinginkan .




ANTARA PRODUK YANG DIHASILKAN DI BENGKEL BATIK TULIS SUNGAI ACHEH

Bekas serbaguna & skrol sijil




Kotak Cenderamata



Antara Corak yang dihasilkan



Corak untuk Baju Tidur




Antara Corak yang diminati ramai untuk baju tidur




Corak Bunga tulip




Kain pasang untuk baju kameja dan Pario




Kain yang tersedia untuk dipasarkan




ANDA MERUPAKAN PELAWAT YANG KE

hit counter